Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

171  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1042.
Ahmad bin Manie' menceritakan kepada kami, Husyaim memberitahukan kepada kami, As Syaibani memberitahukan kepada kami. Asy Sya'bi memberitahukan kepada kami, ia berkata: "Telah menceritakan kepada ku orang yang telah melihat Nabi saw (bahawasanya) beliau melihat kubur yang menyendiri, maka beliau membariskan para sahabatnya dan solat di atasnya." As Sya'bi ditanya: "Siapa yang telah memberitahukan kepada kamu?" Maka ia menjawab: "Ibnu Abbas." Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Anas, Buraidah, Yazid bin Tsabit, Abi hurairah, Amir bin Rabi'ah, Abu Qatadah dan Sahal bin Hunaif. Abu Isa berkata: Hadis Ibnu Abbas adalah hadis hasan sahih, yang melaksanakan hadis ini adalah kebanyakan orang-orang ahli ilmu dari sahabat Nabi saw dan yang lainnya. itulah pendapat Syafie dan Ishaq. Sebahagian ahli ilmu berkata: "Tidak boleh solat di atas kubur," Iaitu pendapat Malik bin Anas rahimahullah. Ibnu Mubarak berkata: "Ketika mayat di kubur dan belum disolati, maka ia disolati di atas kuburnya." Ibnu Mubaarak berpendapat, boleh solat di atas kubur. Ahmad dan Ishaq berkata: "Boleh solat di atas kubur sampai satu bulan; mereka berkata: "kami sering mendengar dari Ibnu Musayyab bahawasanya Nabi saw solat di atas kubur Ummi Saad bin Ubadah sesudah masa satu bulan.

172  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0566.
Dari Abu Mas'ud r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Jibril turun mengimami ku solat. Kerana itu aku solat bersamanya, kemudian aku solat pula bersamanya, kemudian aku solat pula bersamanya, kemudian aku solat pula bersamanya, kemudian aku solat pula bersamanya. Beliau menghitung dengan anak jari beliau lima kali solat.

173  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0435.
Ishaq bin Musa Al Anshari menceritakan kepada kami, Ma'an memberitahukan kepada kami, Malik memberitahukan kepada kami, Malik memberitahukan kepada kami dari Sa'id bin Abu Sa'id Al Maqburi dari Abu Salamah dia memberitahukan kepadanya; "Bahawasanya dia telah bertanya kepada Aisyah; Bagaimana solatnya Rasulullah saw dibulan Ramadhan?" Maka Aisyah menjawab: "Rasulullah tidak menambah mengerjakan solat di bulan Ramadhan dan dibulan lainnya, kecuali hanya sebelas rakaat, iaitu Empat rakaat dan janganlah kamu bertanya tentang baik dan panjangnya solat itu, kemudian beliau mengerjakan solat empat rakaat dan janganlah kamu bertanya tentang baik dan panjangnya solat itu, kemudian beliau mengerjakan solat lagi tiga rakaat. Kemudian Aisyah berkata: "Saya bertanya, hai Rasulullah, apakah kamu tidur sebelum mengerjakan solat witir?" Maka Rasulullah saw menjawab: "Wahai Aisyah, sesungguhnya kedua mata ku tidur tetapi hatiku tidak tidur." Abu Isa berkata: "Hadis ini hasan sahih".

174  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0481.
Ahmad bin Abdah Adz Dzabbi menceritakan kepada kami, Abu Wahab memberitahukan kepada kami, ia berkata: "Saya bertanya kepada Abdullah bin Mubarak tentang solat yang di dalamnya ada bacaan tasbihnya". Dia menjawab: "(Orang yang solat) bertakbir kemudian membaca: (Maha Suci Engkau, Ya Allah dan dengan memuji-Mu Maha Suci Nama-Mu dan Maha Luhur Pangkat-Mu, tidak ada Tuhan selain Engkau). Kemudian membaca: (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada Tuhan selain Allah, Allah Maha Agung) lima belas kali. Kemudian membaca: Ta'awwudl (Audzu Billaahii Minasy Syaithaanir Rajiim), membaca: "Bismillahir RAhmaanir Rahiim, membaca surah Fatihah dan membaca aurah yang lainnya. Kemudian membaca: (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada Tuhan selain Allah, Allah Maha Agung) sepuluh kali. Kemudian rukuk dan membaca kalimah itu sepuluh kali, kemudian mengangkat kepala, dan membaca kalimah itu sepuluh kali, kemudian sujud, dan membaca kalimah itu sepuluh kali, kemudian mengangkat kepala (dari sujud) dan membacanya sepuluh kali, kemudian sujud yang kedua, dan membacanya sepuluh kali. Solat tasbih ini empat rakaat maka setiap satu rakaat membaca tasbihnya sebanyak tujuh puluh lima, yang dimulai setiap rakaatnya dengan lima belas bacaan tasbih, kemudian membaca Fatihah dan surah sesudahnya, kemudian membaca tasbih lagi sepuluh kali, jikalau ia solat malam, maka yang lebih disenangi adalah salam setiap dua rakaat salam, dua rakaat dan jikalau solat di waktu siang jikalau ia mahu, maka salam (dalam dua rakaat) dan jikalau ia menghendaki, maka tidak salam (dalam dua rakaat)." Abu Wahab berkata: "Abdul Aziz memberitahukan kepada ku, ia adalah Ibnu Abi Rizmah dari Abdullah, bahawasanya ia berkata: "Dimulai waktu rukuk dengan bacaan: "Subhaana Raabiyal 'A'laa' tiga kali, kemudian membaca tasbih dengan beberapa kali bacaan. Ahmad bin Abdah berkata: "Wahab bin Zam'ah memberitahukan kepada kami, Abdul Aziz memberitahukan kepada kami ia adalah Ibnu Abi Rizmah berkata: "Saya bertanya kepada Abdullah Ibnu Mubarak: Jikalau lupa (di tengah-tengah) mengerjakan solat tasbih, apakah ia membaca tasbih pada dua sujud sahwi dengan sepuluh kali, sepuluh kali?" Dia menjawab: "Tidak, solat tasbih semua bacaan tasbihnya ada tiga ratus bacaan".

175  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0753.
Dari Zaid bin Tsabit r.a., katanya: "Rasulullah saw. memasang khemah dari tikar pada sebuah tempat di masjid, sehingga merupakan sebuah kamar tempat beliau solat (malam). Melihat hal itu, beberapa orang sahabat mendatangi tempat itu dan mereka solat pula mengikuti Nabi saw. solat. Pada suatu malam mereka datang pula, tetapi Rasulullah saw. terlambat, sehingga beliau tidak keluar sama sekali menemui mereka. Oleh kerana itu mereka mengeraskan suara, dan melontar pintu dengan kerikil untuk memberitahu Nabi saw., kerana mereka menyangka kalau-kalau beliau lupa. Kerana itu Rasulullah saw. keluar (menemui mereka sambil berkata dengan marahnya: Janganlah sentiasa kamu berbuat demikian, kerana aku mengira bahawa (solat malam) itu akan diwajibkan kepada mu. Sebab itu solatlah di rumah mu masing-masing, kerana sebaik-baik solat ialah di rumah masing-masing kecuali solat wajib."

176  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0400.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Rifaah bin Yahya bin Abdillah bin Rifaah bin Rafi' Az Zuraqi dari bapa saudara ayahnya iaitu Muadz bin Rifaah dari ayahnya berkata: "Aku melakukan solat di belakang Rasulullah saw lalu aku bersin lalu aku mengucapkan "Alhamdulillah hamdan katsiran thayyiban mubaaraka fihi mubaarakan 'alaihi kama yuhibbu rabbuna wayarzha." (Segala puji bagi Allah dengan puji-pujian yang banyak, baik diberkati di dalamnya serta diberkati atasnya sebagaimana Tuhan kami senang dan redha). Lalu ketika Rasulullah saw selesai solat maka berpaling lalu bersabda: "Siapa yang bicara di waktu solat" lalu tidak ada seorang pun yang berbicara kemudian beliau bersabda yang kedua kalinya: "Siapa yang berbicara di waktu solat" lalu tidak ada seorang pun yang berbicara kemudian beliau bersabda yang ketiga: "Siapa yang berbicara di waktu solat." Lalu Rifaah bin Rafi' bin Afra' berkata: "Aku wahai Rasulullah!" Beliau bersabda: "Bagaimana kamu berkata dia berkata: "Aku berkata: lalu Rasulullah bersabda: "Demi Dzat yang diri ku dalam kekuasanNya sungguh tiga puluh dan bilangan antara tiga sampai sembilan berlekas-lekas siapa yang diantara mereka yang baik dengan membawa kalimat tsb.' Dalam bab ini terdapat hadis dari Anas Wail bin Hujr dan Amr bin Rabiah. Abu Isa berkata: "Hadis Rifaah adalah hasan". Hadis ini menurut sebahagian ahli ilmu adalah di solat sunat kerana tidak hanya seorang dari para tabi'in berkata: "Apabila seseorang bersin di waktu solat wajib maka henaklah memuji Allah pada dirinya". Dan mereka memperbolehkan lebih dari itu.

177  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2379.
Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya : "Ketika 'Abdullah bin Ubay bin Salul wafat, anaknya Abdullah bin Abdullah (bin Ubay) datang kepada Rasulullah saw. meminta jubah beliau untuk kafan bapanya. Rasulullah memenuhi permintaan anaknya itu. Kemudian dimintanya pula supaya Rasulullah saw. menyolatkan jenazah bapanya. Ketika beliau berdiri hendak solat jenazah, maka ditarik baju beliau oleh 'Umar (bin Khaththab) seraya berkata, "Ya, Rasulullah! Akan Anda solatkankah dia? Bukankah Allah telah melarang Anda menyolatkannya." Jawab beliau, "Aku diberi pilihan oleh Allah Ta'ala menyolatkan atau tidak. Lalu dibacanya ayat, "Kamu mohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka (adalah sama saja); sekalipun bagi mereka tujuh puluh kali (Taubah, 9:80). Dan aku akan melebihi dari tujuh puluh kali." Kata 'Umar, "Dia munafik!" Tetapi Rasulullah saw. menyolatkannya juga. Kemudian Allah Ta'ala menurunkan ayat: "Dan sekali-kali janganlah kamu solatkan jenazah salah seorang mereka yang mati, dan jangan pula kamu berdiri di kuburnya.."(At Taubah, 9:84)

178  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0713.
Dari Abu Salamah r.a., katanya dia bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang solat malam Rasulullah saw. Jawab 'Aisyah, "Beliau pernah solat tiga belas rakaat. Mula-mula beliau solat lapan rakaat, kemudian solat witir, kemudian solat lagi dua rakaat sambil duduk. Ketika beliau hendak rukuk beliau berdiri lebih dahulu, setelah itu baru beliau rukuk. Kemudian beliau solat pula dua rakaat (sunat fajar), iaitu antara 5 azan dan qamat solat Subuh."

179  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0404.
Ahmad bin Muhammad menceritakan kepada kami, Ibnul Mubarak memberitahukan kepada kami, Abdur Rahman bin Ziyad bin An'am bahawa Abdur Rahman bin Rafi' dan Bakar bin Suwadah memberitahukan kepadanya dari Abdillah bin Amr berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Apabila seseorang berhadas sedang dia telah duduk pada akhir solatnya sebelum salam maka sah solatnya." Abu Isa berkata: "Hadis ini tidak kuat sanadnya dan mereka benar-benar bergoncang dalam sanadnya". Sebahagian ahli ilmu berpegang pada hadis ini, mereka berkata: "Apabila seseorang telah duduk selama kurang lebih tasyahhud dan berhadas sebelum salam maka sempurna solatnya". Sebahagian ahli ilmu berkata: "Apabila seseorang berhadas sebelum tasyahhud atau sebelum salam maka dia harus mengulangi solatnya". Dan ini adalah pendapat Asy Syafii. Ahmad berkata: "Apabila seseorang tidak tasyahhud dan telah salam maka cukup salatnya berdasarkan sabda Rasulullah saw: "Dan akhir solat adalah mengucapkan salam". Dan tasyahhud itu tidak wajib kerana Rasulullah saw pernah berdiri pada dua rakkat lalu beliau melangsungkan solatnya dan tidak tasyahhud. Ishaq bin Ibrahim berkata: "Apabila seseorang telah tasyahhud dan belum salam maka cukup solatnya dan dia berdasarkan hadis Ibnu Mas'ud ketika Rasulullah mengajarkan tasyahhud kepadanya lalu beliau bersabda: "Apabila kamu telah selesai dari tasyahhud ini maka kamu telah melakukan apa yang menjadi kewajibanmu." Abu Isa berkata: "Abdur Rahman bin Ziyad adalah orang Afrika dan dianggap lemah oleh sebahagian ahli hadis di antara mereka adalah Yahya bin Said Al-Qaththan dan Ahmad bin Hambal.

180  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0604.
Dari Abu Salamah bin Abdurrahman r.a., ia bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang bagaimana caranya Nabi saw. solat pada bulan Ramadhan. Jawab 'Aisyah, "Rasulullah tidak pernah menambah solatnya di bulan Ramadhan dan tidak pula di bulan lainnya, atas sebelas rakaat. Mula-mula beliau solat empat rakaat, tetapi janganlah ditanya tentang kebagusan panjangnya solat beliau itu. Kemudian beliau solat empat rakaat lagi, dan janganlah ditanya pula bagaimana bagus dan lamanya. Kemudian beliau solat tiga rakaat. Kata 'Aisyah, aku bertanya kepada Rasulullah, "Ya, Rasulullah! Apakah Tuan tidur sebelum solat Witir?" Jawab Nabi saw., "Wahai, 'Aisyah! Hanya mata ku saja yang tidur, tetapi hatiku tidak."